Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


HARI TERBUKA PI1M FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 05 Disember 2015

Hari terbuka PI1M Felda Bukit Sagu telah dijalankan untuk pertama kali dan bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada semua penduduk sekitar. Selain itu pada hari tersebut juga dapat menarik minat penduduk menjadi ahli PI1M. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pertandingan mewarna...baca selanjutnya

KEMBARA PENDIDIK UTM 2015 (KELAB SUKA BELAJAR)

Aktiviti Terkini | 28 November 2015

Pelajar-pelajar dari UTM jurusan Pendidikan (Kejuteraan) telah membuat satu kembara pendidik di PI1M Kg Balok. Kembara yang disertai oleh 10 orang pelajar dari UTM ini bertujuan memberi pendedahan...baca selanjutnya

BSN SCHOOL CARNIVAL 2015

Aktiviti Terkini | 17 - 18 Oktober 2015

Kami dari PI1M Kg Seri Damai serta PI1M Kg Kempadang, PI1M Pandan, PI1M Pematang Pauh, PI1M Kg Ubai dan PI1M Lepar Hilir 1 telah mengambil bahagian di BSN School Carnival 2015 yang berlangsung di SK Sungai Isap. Kami...baca selanjutnya

GOOD LUCK CALON UPSR 2015

Aktiviti Terkini | 06 September 2015

PI1M Kg Seri Damai memberi peralatan tulis kepada calon-calon UPSR 2015 yang menjadi ahli di PI1M. Pemberian ini memeberi suntikan semangat kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Semoga...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M 2015

Aktiviti Terkini | 02 Ogos 2015

Hari terbuka PI1M 2015 telah diadakan pada 2 Ogos 2015 di PI1M Kg Seri Damai. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, anyaman ketupat online game serta DIGI Cyber Safe. Pada hari tersebut juga DIGI membuat jualan...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG & JAMUAN RAYA

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2015

Gotong royong mengecat dan menceriakan PI1M telah dijalankan dengan bantuan dari kanak-kanak dan remaja yang terdiri dari ahli PI1M. Gotong royong ini dibuat untuk memastikan PI1M kelihatan bersih dan ceria pada hari terbuka...baca selanjutnya

kuiz & word search ramadhan

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2015

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pihak PI1M menganjurkan kuiz dan word search ramadhan kepada peserta. Kuiz yang terdiri daripada soalan-soalan berkaitan bulan Ramdahan dan Ibadah berpuasa...baca selanjutnya

membuat kad ucapan hari ibu

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2015

Sempena bulan Mei yang merupakan bulan sambutan Hari Guru dan Hari Ibu. PI1M Kg Seri Damai memilih untuk membuat kad ucapan kepada ibu bapa peserta menggunakan...baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB & WORD SEARCH KDB

Aktiviti Terkini | 18 April 2015

Memberi taklimat KDB kepada pelajar-pelajar sekolah di PI1M Kg Seri Damai. Taklimat selama 45 minit ini memberi pengetahuan serba sedikit kepada mereka tentang bahaya penyalahgunaan internet kepada diri mereka...baca selanjutnya

puzzle games

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2015

Memupuk semangat kerjasama antara peserta dalam kumpulan serta menguji tahap kreativiti mereka dalam menyiapkan puzzle...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2015

Bagi memastikan kawasan PI1M tidak terdapat tempat-tempat nyamuk Aedes membiak, kami mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekeliling PI1M. Aktiviti ini untuk mengelakkan terdapat tin-tin kosong...baca selanjutnya

Kejohanan Badminton

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2015

PI1M Kg Seri Damai mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton anjuran Belia Kg Seri Damai yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg Seri Damai. Kejohanan yang bermula...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti